NADI x CYBERSECURITY : Keselamatan Siber dalam eSport: Lindungi Akaun dan Reputasi Anda

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

8 Mac 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan webinar NADI x CYBERSECURITY : Keselamatan Siber dalam eSport: Lindungi Akaun dan Reputasi bersama speaker En Izzat Hamizan. Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seorang peserta terlibat mendengar webinar ini.

Keselamatan siber dalam e-sukan penting untuk melindungi akaun dan reputasi. Gunakan kata laluan kukuh, pengesahan dua faktor, dan elak berkongsi maklumat peribadi. Berhati-hati dengan pautan mencurigakan, serangan siber, dan penipuan. Jaga tingkah laku dalam talian, elak provokasi, serta lindungi data peribadi bagi mengelak akaun digodam atau disalah guna, memastikan pengalaman e-sukan selamat.

Dengan mengamalkan langkah keselamatan siber yang ketat, pemain e-sukan dapat melindungi akaun, data peribadi, dan reputasi mereka, memastikan pengalaman permainan yang lebih selamat dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali